Monday, August 16, 2010

Sakit Mata - Conjunctivities

Sejak beberapa minggu ni anak-anak dan hubby dijangkiti sakit mata yg teruk juga... Sakit mata ni mmg lain dari yg biasa... mata pesakit bengkak dan hampir tidak boleh melihat seperti org normal.  Sebagai seorang ibu dan isteri, aku risau betul tengok keadaan diorg.. keputusan yg aku buat ialah dengan membawa mereka ke specialist....

4hb August, Doktor Haida sahkan mata hitam Ali luka dan perlukan rawatan lanjut, alhamdulillah mata hitam Aisyah dan Alya elok, tetapi doktor perlu monitor bagi mengelakkan mata luka seperti Ali.

So, ketiga-tiga anak terpaksa admitted, so, bermulalah kehidupan aku duduk di hospital selama 4 hari 3 malam... setiap pagi aku & anak-anak akan di bawa ke Klinik Pakar Opthamologyst.. sepanjang tu jugak aku terpaksa menahan perasaan melihat anak-anak aku terjerit mcm tak cukup nafas masa Doktor Haida membuang selaput di kelopak mata diorg tu..."SAKIT KE?" "TAKUT KE?" aku tak sanggup tgk mata anak aku di GODEH... berdarah... lg mcm nak pengsan...

ikutkan hati mcm nak lempang Doktor tu tapi dah itu tanggungjawab dia... aku beristighfar bnyk-bnyk dlm hati....
Sabtu 7hb August, dah kena discharge... Alhamdulillah... lega aku tp perasaan ni masih risau tengok keadaan suami dan Aisyah... nmpk mcm lain jek mata diorg... tp nak sedapkan hati aku anggap takde apa2 kot...

Ahad 8hb August, bangun pagi Aisyah menjerit sbb x leh bukak mata... Suami aku pun sama... Mengucap aku...Ya, Allah berikan aku kesabaran...dugaan nak smbut Ramadhan... aisyah dah mcm org buta.. ke mana2 kena pimpin...

aku wat keputusan Selasa 10hb aku ambil cuti + ada follow up checkup untuk Ali, Alya dan Aisya + refer suami ke Specialist jugak... Doktor Haida bgtau Ali dan Alya 90% dah sembuh.. Aisyah admitted AGAIN.. + Suami pun sama.... 11hb August dah puasa..... Sedihnya sambut 1 Ramadhan bersama 2 anak dirumah... Ayah dan Aisyah berpuasa di hospital...

Ahad, 15hb August, diorg dah boleh discharge Alhamdulillah... seronok sgt.... tp bil hospital dah keluar... terkezut jap RM 11,000 ++  keseluruhan (Ali, Alya, Aisya dan Ayah) kalau takde Medical Benefit dari Alam Flora, confirm tak mampu nak bayar... Walaumcamanapun aku bersyukur Allah SWT memberi keselesaan dan kesenangan dalam menempuh dugaan, Alhamdulillah... dan Sekali lagi Terima Kasih to Alam Flora...

Labels:

1 Comments:

At Wednesday, 18 August, 2010 , Blogger Siti Hajar Masri said...

kita doakan semoga semua cepat sembuh..hehe~

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home