Bila 'AJAL' Sampai
Terpanggil untuk berkongsi cerita dari seorang sahabat saya yang baru sahaja kehilangan anak saudara beliau... email yang dikirimkan pada hari Isnin, January 03, 2011 menyentuh hati saya... terasa diri ini terlalu leka dengan duniawi... sebahagian email yang saya petik...
"Sori baru dapat join mesyuarat tingkap.. untuk makluman korang... hari Selasa 28.12.2010 bersamaan 22 muharam 1432 Hijrah, abang aku kehilangan salah sorang anak lelakinya. Anak ke-2 abang aku meninggal jam 5.45 petang disebabkan sesak nafas.. nak dijadikan sebab arwah tu memang dari kecil mengidap asma.. dia pergi ketika usianya 13 tahun, 3 bulan dan 1 hari (13.3.1). Keadaan ni mmg x disangka2 sbb pagi tu (28.10.2010) arwah dlm keadaan sihat.. siap boleh main basikal dengan abang dia.. tengahari tu mak dia bawa dia pegi beli kelengkapan sekolah kat jusco taman universiti (abang aku duduk di mutiara rini).. dan tetiba petang arwah mengadu sakit dada dan tidak boleh bernafas.. on the way ke klinik penawar dia menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan abangnya.
kebetulan abang aku outstation di Terengganu. So dia terus take flight dan balik hari tu juga. Sampi di rumah around 2 pagi. Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Kangkar Pulai.
Abang aku kata..."Allah beri pinjam anak dia 13 tahun saja.. selepas tu Allah ambil semula..dan dia redha.."
Renungan sejenak.. Apa yang buat aku terfikir.. Tanpa disedari Allah dah beri kita pinjam umur smpai 30 tahun +++.. tapi masih ada segelintir kita (termasuk la aku) yang belum sedar bahawa setiap detik umur kita semakin pendek sebenarnya.. bukan smakin lanjut.. dan Allah dah banyak kali bagi kita peluang smpai 30++ tahun utk jadi manusia yang baik.. tapi kita selalu lalai..
Mohon jasa baik kawan2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Nur Afiq bin Norhisham.. semoga Allah mengasihi anak ini sebagaimana DIA mengasihi hamba2 NYA yg soleh..
AL-FATIHAH...
Bila ALLAH kata.. sudah sampai masanya.. tak cepat.. tak lambat.. memang itulah masanya...seperti yang telah Allah tetapkan.. sama ada bersedia atau tidak.. mmg tetap kena pulang semula kpd PENCIPTA kita...
"Every soul shall have a taste of death"
Surah Al-Anbiya'
Ayat 3
MORAL : bila sudah sampai masanya.. tak cepat.. tak lambat..itulah masanya...
Sesiapa yang menonton HALAQAH bertajuk 'USIAKU"panelis
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pada 4 Jan 2011 lepas sungguh bertuah... siaran ulangannya pada hari Isnin 10 January 2011... jangan ketinggalan... "semakin panjang umur atau semakin pendek umur setiap tahun"????Labels: Info, Muhasabah diri, Penyakit
2 Comments:
tulah hati rasa muda je..tak sedar dah menghampiri hari tua....
betul tu.. kena bnyk muhasabah diri...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home