Thursday, December 30, 2010

Kenapa Anda Perlu Ada Blog

Rata-rata semua org boleh meng'akses' internet tak kira di rumah, universiti atau di pejabat. Tetapi mereka jarang gunakan internet sebagai satu aset.  Aset yang saya maksudkan ialah ber"blogwalking" atau menjadi salah seorang blogger. Kalau mengikut pemerhatian saya yang amat cetek dalam dunia "blog" ni, saya yakin blog mempunyai masa depan yang cerah dengan keadaan seperti sekarang ni. Di peringkat mana anda sekalipun, jom ramai-ramai kita buat blog.. bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah boleh menjadi sumber pendapatan utama sekiranya bekerja keras memerah idea.

sebab utama kenapa perlu buat blog :

1. Modal Rendah
- pulangan memang menakjubkan. Tambah dengan promosi iklan dari http://www.nuffnang.com/. Dah daftar lom?

2. Perbaiki Gaya Penulisan
-dulu tak suka mengarang. Sekarang minat sbb nak tmbh income.

3. Pengalaman
-Pengalaman melalui blog memang sesuatu yang unik dan menarik. Anda memiliki sebuah pengalaman yang orang lain belum pernah lalui. Selain itu, anda juga boleh belajar berdasarkan pengalaman orang lain.

4. Karier utama & Sambilan
-orang kata sambil menyelam minum air. dah kenyang minum air tak payah menyelam lagi... hehehehe

5. Belajar
-tak tahu guna blog mcm budak baru belajar ABC. Boleh belajar tip ber'blogwalking'. Antara blogger yg bnyk membantu
        a. http://www.anastasyea.com/
        b. http://lapadeh.com/
        c. www.kuji2.com
        d. http://hajarpunyablog.blogspot.com/ 

Thank you all bloggers.

6. Relationship
-memperbaiki cara berkawan melalui blog dan menambah kenalan dan berkongsi pengalaman

Peringatan kepada yg ber"blogging" menggunakan office internet, jgn sampai jadi mcm ni


Pada yang mempunyai anak jangan halang mereka ber'blogging' bagi galakan dan pantau aktiviti mereka... sapa yang untung.???


Bonus : Bila anak dah buat blog




Labels:

2 Comments:

At Thursday, 30 December, 2010 , Anonymous Hajar said...

thanks bubuh link kita..

 
At Thursday, 30 December, 2010 , Blogger aisyahalya said...

ko tu tok guru akak... walaupun muda tp advance

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home