Wednesday, December 15, 2010

Apa beza Tangan Kiri dgn Tangan Kanan

Apa beza tangan kiri dengan tangan kanan...?? tangan kiri ni orang cakap kotor.. .tangan tahi... tangan kidal.. lefthanded... sama sahaja maksudnya.. dah kaji kenapa?

dulu kalau masa sekolah cikgu selalu tegur " Azima, kenapa pakai tangan kidal.. tangan tu kotor"
bila cikgu tegur aku pun tukar tangan kanan... biler cikgu tak nampak aku tukar balik tangan kidal....hehehe... akhirnya aku boleh menggunakan kedua-dua tangan...TAPI bila tahun berganti tahun aku lebih selesa menggunakan tangan kiri bila menulis... pada hakikatnya kerja-kerja lain aku masih gunakan tangan kanan....


aku ada semak beberapa artikel tentang kelebihan orang tangan kiri .. jom kita baca



Kemampuan anak menggunakan tangan kiri ini berkaitan dengan fungsi otak kanan dan otak kiri yang sudah terprogram sejak anak berada dalam kandungan. (betulke ?)



Otak kiri berfungsi untuk mengatur kemampuan berbahasa, kemampuan berbicara, membaca, serta menulis, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan  tata bahasa.

Otak kanan berfungsi untuk kemampuan kretiviti dan persepsi, pengenalan dimensi ruang dan situasi, kewaspadaan, serta perhatian dan konsentrasi. Atau biasa dikenal dengan kemampuan matematik. (aku memang terror kira-kira, keje pun kira gaji org)


Pada anak kidal, perkembangan otak kanannya lebih baik. Demikian juga sebaliknya, anak yang memiliki kecenderungan tangan kanan, bermaksud otak kirinya yang memiliki perkembangan lebih baik. Kidal atau tidaknya anak biasanya mula terlihat pada usia 2-3 tahun dan akan menjadi kekal pada usia 6 tahun. (tapi aku kekal tangan kiri bila cikgu tu dah berhenti..hihihihi). Oleh kerena itu jika kita ingin mengubah kebiasaan anak kidal ini, sebaiknya lakukan sebelum dia berusia 6 tahun, dan lakukan secara bertahap dan jangan memaksa. (betul tu.. kesian kan..mcm aku)

MORAL : tangan kiri atau kanan tiada beza.. anugerah Allah SWT.. kalau takde tangan lagi haru.... Alhamdulillah tubuh badan aku cukup sempurna... cuma jari hantu tangan kiri aku je dah cacat sikit kerana accident.. so, sekarang kalau nak menulis  tak boleh lama sebab sakit....  kat bawah ni gambar jari yg dh patah tu...huhuhuhu

Nampak tak bekas jahitan...

2 Comments:

At Saturday, 18 December, 2010 , Blogger Watie Aziz said...

salam singgah,

ternampak blog u kat my nuffnang page pasal tangan kidal, heheh..

anak i memang kena kidal sebab tangan kanan dia lahir2 takder tulang .. ekekke..:) so nak tak nak haarus kidal lah..tak sabar nak tgk dia tulsi guna tgn tuh .. :)

 
At Monday, 20 December, 2010 , Blogger aisyahalya said...

watie...

takper mesti ada hikmah disebalik kejadian tu... hopefully anak u menjadi anak yg pintar dan bertanggungjawab.. aminnn

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home