Congratulations Aisyah and Alya
Bila difikirkan balik kegembiraan kita sebenarnya bukan kerana wang ringgit yang kita ada tapi kegembiraan tu terletak pada keseronokan melayan permintaan anak-anak setelah diorang berjaya dalan exam... walaupun hanya exam di peringkat kindergarden tapi itu satu permulaan yang baik...
Zahidah Alya |
Zahidah Alya, berumur 4 tahun yang selama ni aku tengok takde mood belajar.. moody... kadang-kadang aku tak yakin dengan kemampuan dia.... alhamdulillah... exam half year & final year mendapat tempat pertama dan mendapat peratus lebih dari 98%. Seperti yang dimaklumkan cikgu kelasnya peratus dia jauh meninggalkan rakan sekelasnya yg lain. 7 daripada 8 subject yang diambil mendapat 100%. Subject yang diambil antaranya Math, Science, Lughatul Arabiah, Jawi, Al-Quran, Peribadi Muslim, English dan Bahasa Melayu. Alya juga telah berjaya menamatkan buku 'Bacalah Anakku sehingga buku 8' selama setahun sahaja. Tahniah anak ibu...
Zahidah Aisyah |
Zahidah Aisyah, anak sulung yang kini berumur 6 tahun sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pelajaran... setiap tahun sejak umurnya 4 tahun mendapat perhatian guru-guru dan sentiasa dinobatkan sebagai antara murid cemerlang.... Mewakili sekolah selama 2 tahun berturut-turut untuk Ujian IQ peringkat (daerah) Kuala Selangor atau ujian itu lebih dikenali sebagai Ujian Setara yang merangkumi subject Mathematic, Science, Lughatul Arabiah, English dan Bahasa Melayu. Walaupun tidak berjaya melangkah ke peringkat Negeri tetapi ia satu permulaan yang baik....Aisyah juga mewakili sekolah ke pertandingan bercerita peringkat daerah dan mendapat tempat kedua. Untuk peperiksaan pertengahan tahun Aisyah mendapat tempat pertama dgn peratus 99.7% dan peperiksaan akhir tahun mendapat tempat ke-3 dgn peratus 95%. Alhamdulillah... ini la kegembiraan yang aku maksudkan...
Zahid Aliyuddin |
Zahid Aliyuddin, satu-satunya anak lelaki aku yg kini baru berumur 1 tahun setengah.... ibu doakan Ali akan menjadikan kakak-kakak sebagai satu contoh untuk dia berjaya.... Aminnn
Macam gelagat anak-anak yg sentiasa mencuit hati ibu....
1 Comments:
Wah..bestnya pandai2...insyaallah semoga berjaya lagi.....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home