Friday, October 15, 2010

Cup Cake Aisyahalya

Hari Ahad 9hb Oct 2010, aku buat makan-makan skit utk sempena rumah baru & sempena raya yg dh habis.. hehehehehe so, aku buat cup cake utk kawan2 tu...


masa tgh mengadun


masukkan dlm cup yg comel.. jgn lupa guna kukus brand Tupperware


sedang mengukus


dah masak... hmmm sedapnya


hasilnya.... ber'cup-cup'


tinggal sikit je.... bakinya... bawak bekal gi office
 resepinya mudah saja :
 2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat (Van Houten)

1 sudu the bicarbonate of soda


½ cawan susu cair (Ideal)
2 cawan gula (kalau nak kurang manis kurangkan)
1 cawan minyak
2 biji telur


1 cawan Air Panas

Cara membuatnya


1) Telur , Gula , Minyak dan Susu Cair di blend sehingga sebati. (Bahan A)
2) Tepung, Serbuk Coklat dan Bicarbonate di ayak bersama sehingga rata (Bahan B)
3) Bahan A dan Bahan B di kacau bersama sehingga sebati, setelah itu tuangkan air panas di adunan tersebut dan kacau sehigga rata.
4) Masukkan dalam acuan yg comel-comel (cup.. ikut suka)
5) Kukus selama 15 minit… Siap…


Kalau rajin boleh cuba.. resepi yg serba mudah ni…

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home