Wednesday, June 15, 2011

Lamanya tak Update BLOG.... hihihihi

Aduhai lamanya tak update blog.. bukan takde masa tapi kemalasan melanda.. hihihi... bnyk story mory nak citer... 


Kali ni nak cerita pasal permintaan anak nak kek lapis sarawak.. mana aku nak cekau.. buat pun tak pernah.. kalau rumah aku sebelah rumah teruja rasa dah lama aku soh dia buatkan hihihihi..


aku pun pi bukak resepi dlm myresipi.com, alhamdulillah ada... bhn2 pun senang.. jom kita buat...


ini hasil yang dh siap.. punya la excited anak2 aku termasuklah ibu nya.... 


Kek Lapis Kukus Hawflakes (tapi hawflakes takde) belasah jek la
Alya - happy sbb permintaan tertunai

Ali & Aisyah dah masuk mulut dah...


Kek Lapis Kukus Hawflakes/ Chocolate Chips


3 biji telur (dr peti ais)
2 cawan tepung gandum
1½ cawan gula halus
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil bicarbonate
1 sudu kecil essence vanilla
150ml susu cair
100ml minyak jagung / minyak masak

Cara-cara :
Cara1
Tepung gandum & bicarbonate di gaul sebati

Cara2
Gula & Telur dipukul sampai kembang
Masukkan ovallete, dan blend lagi sampai gebu
Masukkan susu cair & essence vanila & blend sampai sebati

Cara3
Masukkan Cara1 & Cara2 dan blender sampai gebu & cantik
Last sekali masukkan minyak & pukul guna spatula smpi sebati.
Bahagikan bahagian kepada 2 atau tiga bhgn... dan masukkan warna ikut suka & lapiskan satu persatu. Setiap lapisan 5minit dan lapisan terakhir selama 20 minit.

1) Kalau nak letak asam manis pun boleh... hanya susun ikut creativiti.

2) Kalau nak buat lapis choc chip hanya bahagikan kepada dua bahagian, lepas tu satu bahagian warna asal & satu lagi warna coklat… masa melapis warna asal.. baru tabur choc chip….

3) Resepi di atas juga sesuai untuk cup cake kukus (hanya 10 minit shj). Tapi tidak perlu melapis. Ikut creativiti. 


Versi Cup Cake 
Macam-macam corak... hehehe

Labels: ,

Monday, April 11, 2011

Kuih Lapis Tradisi

Kuih Lapis Tradisi
Aku rajin lagi hari minggu lepas.. tapi rajin di waktu malam j.. hihihih ala utk my kid & Encik Hubby... Resepi dapat dari blog periuktanah. DUlu mak aku selalu buat jugak cuma aku dah ingat-ingat lupa...  hihihi


Anyway thank to cik periuk tanah

Labels:

Asam Rebus Inchess

Asam Rebus Inchess
Resepi ni di perolehh dari sahabat yang ala-ala princess sebab tu nama resepi tu Asam Rebus Inchess.... Mmg Marvelous... cuba lah.. tak menyesal....


Bahan-Bahan


Bendi
Belacan
Daun kesum or Bunga Kantan
ikan kembung
ikan bilis
bawang merah






Bahan untuk di tumbuk :
~ Belacan
~ cili besau (cili merah)
~ ikan bilis
~ bawang merah
~ ikan kembung (direbus..buang tulang)




Caranya..
Bahan yang ditumbuk tadik masuk dlm periuk, letak air paras si finger lady tadik, letak daun kesum or bunga kantan, letak ler garam or perasa yang di benarkan or halal di sisi agama... Agak2 nampak dah masak..angkat..hidang..



P/S : Ayat copy paste dari blog putri .. jangan mare ye princess... :P



Labels:

SIAKAP TIGA RASA

Ikan Siakap Tiga Rasa
Hari minggu lepas rajin bebenor... almaklum nak jadi isteri solehah bila Encik Hubby gi keje...  aku pun sibuk ler merancang nak masak yang spesel.... 


Jom jenguk dapur aku jap...


Bahan-Bahan :


Ikan Siakap
Tepung goreng ayam adabi
Telur Ayam (sebiji)
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah 
Bawang Putih
Serai
Tomato
Air Asam Jawa
Tepung jagung
Sos cili
Sos tiram


Cara-caranya :


1) Memula goreng ikan siakap yang telah siap disalut tepung (ikut resepi goreng ayam adabi)...


2) Blender cili kering (ikut kesesuaian) bnyknya bersama bawang merah dan bawang putih




3) Serai, cili padi, bawang merah (hiris halus) & tomato (di potong dadu)




4) masukkan minyak masak, tumis bahan no. 2 smpi naik bau... masukkan air asam, kacau.. kemudian masukkan sos cili dan sos tiram... tumis lagi.. masuk kan air sedikit.. letak garam & kiub ayam sedikit..


5) bancuh tepung jagung dgn air sedikit... kemudian masukkan bahan no. 3 . Agak dah pekat kuah tutup api...


6) Tuangkan kuah tu di atas ikan yang di goreng tadi... Marvelous... (perasan)


7) Hidangkan &  sedia untuk di makan....

Labels:

Friday, October 15, 2010

Cup Cake Aisyahalya

Hari Ahad 9hb Oct 2010, aku buat makan-makan skit utk sempena rumah baru & sempena raya yg dh habis.. hehehehehe so, aku buat cup cake utk kawan2 tu...


masa tgh mengadun


masukkan dlm cup yg comel.. jgn lupa guna kukus brand Tupperware


sedang mengukus


dah masak... hmmm sedapnya


hasilnya.... ber'cup-cup'


tinggal sikit je.... bakinya... bawak bekal gi office
 resepinya mudah saja :
 2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat (Van Houten)

1 sudu the bicarbonate of soda


½ cawan susu cair (Ideal)
2 cawan gula (kalau nak kurang manis kurangkan)
1 cawan minyak
2 biji telur


1 cawan Air Panas

Cara membuatnya


1) Telur , Gula , Minyak dan Susu Cair di blend sehingga sebati. (Bahan A)
2) Tepung, Serbuk Coklat dan Bicarbonate di ayak bersama sehingga rata (Bahan B)
3) Bahan A dan Bahan B di kacau bersama sehingga sebati, setelah itu tuangkan air panas di adunan tersebut dan kacau sehigga rata.
4) Masukkan dalam acuan yg comel-comel (cup.. ikut suka)
5) Kukus selama 15 minit… Siap…


Kalau rajin boleh cuba.. resepi yg serba mudah ni…

Labels:

Friday, October 1, 2010

Kari Ayam Istimewa

Sejak seminggu ni aku mmg kena rajin masak sbb biasanya my hubby yg selalu masak... almaklum dia mmg suka masak.. .dah dia outstation selama 9hari jadi aku terpaksalah masak .. yelah kalau tak masak kang tak makan lah anak aku.. kalau makan pun bibik mesti masak telur goreng yg dipelbagaikan.... so, aku tak sampai hati.. kena masak jugak la... menu aku utk hari Khamis 30hb Oktober 2010, aku masak kari ayam... resepi org lama-lama... tak menggunakan serbuk kari yg dijual di pasaran... tp aku letak jugak skit sbb tak confident... hehehehe

bawah ni korang tengok hasilnya.. menarik dan sedap... boleh cuba...

tada... Kari Ayam Aisyahalya
Bahan A
4 biji bunga cengkih
5cm kayu manis
2 biji bawang besar - dihiris halus

Bahan B
1 camca ketumbar
1 camca jintan manis
2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 cm kunyit
10 batang lada kering (direndam &ditoskan)

2 sudu besar serbuk kari adabi (yg penting halal)
Air asam

Bahan-bahan lain :
1/2 ekor ayam tanpa kulit
Santan kelapa
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
1 batang carrot dipotong dadu
Daun limau purut sedikit
2 biji tomato dibelah empat
garam
optional kiub ayam Knorr


Cara-cara membuatnya :

1) Bahan-bahan B dikisar dan di perap bersama ayam
2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A
3) masukkan ayam yang diperap tadi , biarkan smpi naik bau dan rata
4) masukkan air bersama kentang dan carrot tadi sehinga empuk
5) masukkan santan, kacau jgn sampai pecah santan
6) masukkan garam  dan kiub knorr
7) akhir sekali masukkan tomato, daun limau purut dan daun kunyit... siap...

itu je la... memang sedap... kalau korang nak cuba boleh jugak...

Labels:

Wednesday, September 29, 2010

Gulai Asam Pedas - Ikan Jenahak

Gulai Asam Pedas Ikan Jenahak

Semalam balik keje terus singgah kedai acheh kat Puncak Alam.. biasa arr beli ikan.. niat di hati mcm nak masak udang lemak chili api.. tp terbantut sbb tetiba ternampak ikan jenahak yg masih baru lagi... dlm hati kalau buat masak gulai asam pedas ni hmmmm sedapnya... aku pun beli la setengah kilo.. .RM7.00.. so, aku pun beli la lada merah dlm 15 batang sbb malas nak rebus lada kering... hehehehe.. kebetulan kak laila (office mate aku) ada bagi aku belimbing buluh.. boleh ler letak dlm masakan tuhhh...

hmmmm tadaaaa... kat bawah ni Gulai yg aku masak semalam.... menjilat jari... aku bawak bekal arini.. ajak kak ziha yg 'vouge' tu (office mate aku) makan sekali... dia kata sedap... hmmm kembang semangkuk aku... hehehehehe


 Resepinya senang jek...

lima potong ikan jenahak
15btg lada merah besar
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit
air asam jawa
daun kesum
belimbing buluh
garam

memula blender lada, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit.... tumis secukupnya...(smpi naik minyak) pastu masukkan air asam jawa ... biarkan smpi menggelegak... kemudian barulah masukkan 5 potong ikan jenahak tadi tu... biarkan smpi masak.. pastu masukkan garam & diikuti daun kesum & belimbing buluh ikut kesesuaian ....dah siap... hmmm senang je kan...

Labels:

Wednesday, August 18, 2010

Mushroom Soup

8hb August aritu, Aisyah merengek nak suruh buat mushroom soup mcm kat Pizza Hut tu.... ye tak ye gak dah lama tak buat sejak pindah rumah ni... kebetulan Aisyah tgh sakit... layan je la kehendak dan permintaan dia... kesian... gmbr kat bawah tu hasilnya.....hehehehe... lagi sedap kalau makan panas-panas ..sesuai juga dimakan bersama garlic bread...


tadaaa....
Resepi dia senang jek :

• Cendawan tiram & cendawan butang (cendawan butang tu blend 4 ketul - ikut suka masing2, selebihnya cincang halus)



• Kiub ayam Knorrr


• Susu Ideal


• 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah


• 4 camca besar tepung jagung

Cara-cara



Didihkan air dgn api yg perlahan. Masukkan cendawan yang dipotong halus & cendawan yg di blend. Biarkan cendawan masak. Masukkan susu. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dgn air sejuk. Masukkan kiub ayam dan lada sulah mengikut rasa. Biarkan ia mendidih. Kalau rasa kurang pekat bolehlah ditambah ngan bancuhan tepung jagung. Selamat mencuba.

Senang je kan...

Labels: