Kari Ayam Istimewa
Sejak seminggu ni aku mmg kena rajin masak sbb biasanya my hubby yg selalu masak... almaklum dia mmg suka masak.. .dah dia outstation selama 9hari jadi aku terpaksalah masak .. yelah kalau tak masak kang tak makan lah anak aku.. kalau makan pun bibik mesti masak telur goreng yg dipelbagaikan.... so, aku tak sampai hati.. kena masak jugak la... menu aku utk hari Khamis 30hb Oktober 2010, aku masak kari ayam... resepi org lama-lama... tak menggunakan serbuk kari yg dijual di pasaran... tp aku letak jugak skit sbb tak confident... hehehehe
bawah ni korang tengok hasilnya.. menarik dan sedap... boleh cuba...
tada... Kari Ayam Aisyahalya
Bahan A4 biji bunga cengkih
5cm kayu manis
2 biji bawang besar - dihiris halus
Bahan B
1 camca ketumbar
1 camca jintan manis
2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 cm kunyit
10 batang lada kering (direndam &ditoskan)
2 sudu besar serbuk kari adabi (yg penting halal)
Air asam
Bahan-bahan lain :
1/2 ekor ayam tanpa kulit
Santan kelapa
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
1 batang carrot dipotong dadu
Daun limau purut sedikit
2 biji tomato dibelah empat
garam
optional kiub ayam Knorr
Cara-cara membuatnya :
1) Bahan-bahan B dikisar dan di perap bersama ayam
2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A
3) masukkan ayam yang diperap tadi , biarkan smpi naik bau dan rata
4) masukkan air bersama kentang dan carrot tadi sehinga empuk
5) masukkan santan, kacau jgn sampai pecah santan
6) masukkan garam dan kiub knorr
7) akhir sekali masukkan tomato, daun limau purut dan daun kunyit... siap...
itu je la... memang sedap... kalau korang nak cuba boleh jugak...
Labels: Resepi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home