Kakak Ipar lagi.... Ni Kak Ngah plak
Warna sedondon
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
2010/08/29
FESYEN sedondon sememangnya menjadi pilihan setiap kali menjelang lebaran, terutama mereka yang berkeluarga, sebagai tema perayaan.
Bagi pemilik butik Zurfauzie Classic yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Faudziah Yusoff, fesyen sedondon sememangnya disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.
“Tahun ini manik dan labuci dilihat sebagai aliran terkini pakaian, namun kami mencari kelainan dengan menampilkan manik berjurai sebagai perbezaan dengan fesyen sedia ada.
“Fabrik digunakan pula diimport daripada Dubai kerana lebih berkualiti dan selesa apabila dikenakan. Kami turut menggunakan labuci daripada Korea dan ada juga menggunakan batu swarovski,” katanya.
Selain baju kurung dan baju melayu, Zurfauzie menjual kain samping songket dari Terengganu dengan pelbagai corak eksklusif berserta harga berpatutan.
Zurfauzie juga menyediakan pelbagai fesyen baju seperti kurung moden, kurung biasa dan baju kurung Pahang dengan rekaan terkini dan menarik.
Labels: My Family
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home