Tuesday, September 28, 2010

Zurfauzie Classic - Kesian Kak Ngah

Songket RM15,000 ‘ghaib’



Harian Metro 2010/09/28 KUALA LUMPUR: Sehelai songket yang ditenun daripada benang emas putih bercorak seni tradisional Malaysia dan direka khas sewaktu kunjungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan kompleks membeli-belah SACC Mall, Shah Alam, empat tahun lalu, hilang.





KENANGAN...Faudziah menunjukkan gambar Sultan Sharafuddin melihat songket berkenaan ketika merasmikan SACC Mall empat tahun lalu. Sehubungan itu, pemilik kedai pakaian Zulfauzie Classic yang mempamerkan songket berkenaan, Faudziah Yusoff meminta mana-mana pihak yang kini memiliki songket itu memulangkannya

Katanya, songket bernilai RM15,000 itu dipamer pada patung di dalam almari di kedainya dan disedari hilang minggu lalu.

 
“Saya minta mereka yang memiliki songket berkenaan tampil memberi maklumat, jika benar ia sudah dijual, saya sanggup membeli semula songket itu pada harga ia dibeli. Saya menyimpan dan mempamerkannya sejak sekian lama kerana ia direka khas untuk tatapan Sultan ketika merasmikan SACC Mall,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki songket berkenaan atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Faudziah di talian 012-3491052 atau 03-55111052.






Labels:

2 Comments:

At Tuesday, 28 September, 2010 , Blogger aisyahalya said...

semoga sapa yg mengambilnya dpt memulangkannya kembali

 
At Tuesday, 05 October, 2010 , Blogger aisyahalya said...

Alhamdulillah dah dipulangkan... ingatkan satu yg hilang... rupanya ada 4 helai... salah satu tu harganya RM15ribu.... yg lain tu harganya dlm ribu-ribu gak... ish ish...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home