Wednesday, June 15, 2011

Lamanya tak Update BLOG.... hihihihi

Aduhai lamanya tak update blog.. bukan takde masa tapi kemalasan melanda.. hihihi... bnyk story mory nak citer... 


Kali ni nak cerita pasal permintaan anak nak kek lapis sarawak.. mana aku nak cekau.. buat pun tak pernah.. kalau rumah aku sebelah rumah teruja rasa dah lama aku soh dia buatkan hihihihi..


aku pun pi bukak resepi dlm myresipi.com, alhamdulillah ada... bhn2 pun senang.. jom kita buat...


ini hasil yang dh siap.. punya la excited anak2 aku termasuklah ibu nya.... 


Kek Lapis Kukus Hawflakes (tapi hawflakes takde) belasah jek la
Alya - happy sbb permintaan tertunai

Ali & Aisyah dah masuk mulut dah...


Kek Lapis Kukus Hawflakes/ Chocolate Chips


3 biji telur (dr peti ais)
2 cawan tepung gandum
1½ cawan gula halus
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil bicarbonate
1 sudu kecil essence vanilla
150ml susu cair
100ml minyak jagung / minyak masak

Cara-cara :
Cara1
Tepung gandum & bicarbonate di gaul sebati

Cara2
Gula & Telur dipukul sampai kembang
Masukkan ovallete, dan blend lagi sampai gebu
Masukkan susu cair & essence vanila & blend sampai sebati

Cara3
Masukkan Cara1 & Cara2 dan blender sampai gebu & cantik
Last sekali masukkan minyak & pukul guna spatula smpi sebati.
Bahagikan bahagian kepada 2 atau tiga bhgn... dan masukkan warna ikut suka & lapiskan satu persatu. Setiap lapisan 5minit dan lapisan terakhir selama 20 minit.

1) Kalau nak letak asam manis pun boleh... hanya susun ikut creativiti.

2) Kalau nak buat lapis choc chip hanya bahagikan kepada dua bahagian, lepas tu satu bahagian warna asal & satu lagi warna coklat… masa melapis warna asal.. baru tabur choc chip….

3) Resepi di atas juga sesuai untuk cup cake kukus (hanya 10 minit shj). Tapi tidak perlu melapis. Ikut creativiti. 


Versi Cup Cake 
Macam-macam corak... hehehe

Labels: ,

6 Comments:

At Wednesday, 15 June, 2011 , Blogger AziE said...

Lama sepi rupanya ada kat dapur

 
At Wednesday, 15 June, 2011 , Blogger isal said...

wah sedap gak..

 
At Thursday, 16 June, 2011 , Blogger aisyahalya said...

kak azie : hehehehe.... bukan itu je...demam peperiksaan anak2 jugak...

 
At Thursday, 16 June, 2011 , Blogger aisyahalya said...

kak sal : try la... hehehehe... semua ikut resepi orang..

 
At Saturday, 25 June, 2011 , Anonymous matdin said...

nak kuih sikit hehe..

 
At Tuesday, 28 June, 2011 , Blogger aisyahalya said...

jomla dtg rumah, matdin... ;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home