Monday, April 11, 2011

SIAKAP TIGA RASA

Ikan Siakap Tiga Rasa
Hari minggu lepas rajin bebenor... almaklum nak jadi isteri solehah bila Encik Hubby gi keje...  aku pun sibuk ler merancang nak masak yang spesel.... 


Jom jenguk dapur aku jap...


Bahan-Bahan :


Ikan Siakap
Tepung goreng ayam adabi
Telur Ayam (sebiji)
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah 
Bawang Putih
Serai
Tomato
Air Asam Jawa
Tepung jagung
Sos cili
Sos tiram


Cara-caranya :


1) Memula goreng ikan siakap yang telah siap disalut tepung (ikut resepi goreng ayam adabi)...


2) Blender cili kering (ikut kesesuaian) bnyknya bersama bawang merah dan bawang putih




3) Serai, cili padi, bawang merah (hiris halus) & tomato (di potong dadu)




4) masukkan minyak masak, tumis bahan no. 2 smpi naik bau... masukkan air asam, kacau.. kemudian masukkan sos cili dan sos tiram... tumis lagi.. masuk kan air sedikit.. letak garam & kiub ayam sedikit..


5) bancuh tepung jagung dgn air sedikit... kemudian masukkan bahan no. 3 . Agak dah pekat kuah tutup api...


6) Tuangkan kuah tu di atas ikan yang di goreng tadi... Marvelous... (perasan)


7) Hidangkan &  sedia untuk di makan....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home