Friday, December 31, 2010

TOY STORY 3


Toy Story 3 overtakes Titanic in all-time UK box office


Toy Story 3 movie ticket sales record in the world this year when it successfully collected 700 million pounds (RM3.3 billion), which saw the dominance of family films during 2010.
According to the financial magazine Forbes , the third franchise film Toy Story studio issue of Disney / Pixar is the voice actor Tom Hanks as Woody and Tim Allen as Buzz Light year, has emerged the most successful films in the United Kingdom.
It is now in the fifth film to record the highest quote of all time behind Titanic , Avatar , Lord Of The Rings: The Return Of The King , and Pirates Of The Caribbean: Dead Man's Chest .
Bravo!!!!!
Other links related to Toy Story 3 : GAMES , TOY STORY FREE GAME ONLINE
Remarks : waiting for Malaysia 3D cartoon.. Jom support Upin & Ipin

Labels: ,

Zakat

Kawan-kawan blogger terutama yang beragama islam tentu tahu apa itu zakat. Zakat ada bermacam-macam jenis. Tapi yg saya nak sentuh sekarang tentang zakat pendapatan. Bukan apa ramai blogger mendapat income melalui blog. Apalah salahnya sekiranya income yg kita perolehi dikongsi dengan org-org yang betul-betul memerlukan. Insya Allah income kita dgn blog semakin bertambah dengan niat kita yg mulia tu.

Takrif Zakat :

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Pembayaran pun mudah melalui :


Bayar Online




Kaedah mengira zakat pendapatan :
Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu

RMRM
Cara 1Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000.00 x 2.5%250
Cara 2Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun)30,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri8,000
2. Isteri3,000
3. Anak 4 orang x RM1,0004,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12)1,200
5. KWSP (contoh: 11%)3,300
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)900
Jumlah Tolakan20,400
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)9,600
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%240
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)20

Moral : Jom kita berzakat. Sambil ber'blog' utk jana pendapatan dalam pada tu dapat pahala yg berpanjangan. Juga boleh mendapat rebate dari income tax. Utk keterangan lanjut sila rujuk laman web zakat .

Labels: ,

Thursday, December 30, 2010

Kenapa Anda Perlu Ada Blog

Rata-rata semua org boleh meng'akses' internet tak kira di rumah, universiti atau di pejabat. Tetapi mereka jarang gunakan internet sebagai satu aset.  Aset yang saya maksudkan ialah ber"blogwalking" atau menjadi salah seorang blogger. Kalau mengikut pemerhatian saya yang amat cetek dalam dunia "blog" ni, saya yakin blog mempunyai masa depan yang cerah dengan keadaan seperti sekarang ni. Di peringkat mana anda sekalipun, jom ramai-ramai kita buat blog.. bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah boleh menjadi sumber pendapatan utama sekiranya bekerja keras memerah idea.

sebab utama kenapa perlu buat blog :

1. Modal Rendah
- pulangan memang menakjubkan. Tambah dengan promosi iklan dari http://www.nuffnang.com/. Dah daftar lom?

2. Perbaiki Gaya Penulisan
-dulu tak suka mengarang. Sekarang minat sbb nak tmbh income.

3. Pengalaman
-Pengalaman melalui blog memang sesuatu yang unik dan menarik. Anda memiliki sebuah pengalaman yang orang lain belum pernah lalui. Selain itu, anda juga boleh belajar berdasarkan pengalaman orang lain.

4. Karier utama & Sambilan
-orang kata sambil menyelam minum air. dah kenyang minum air tak payah menyelam lagi... hehehehe

5. Belajar
-tak tahu guna blog mcm budak baru belajar ABC. Boleh belajar tip ber'blogwalking'. Antara blogger yg bnyk membantu
        a. http://www.anastasyea.com/
        b. http://lapadeh.com/
        c. www.kuji2.com
        d. http://hajarpunyablog.blogspot.com/ 

Thank you all bloggers.

6. Relationship
-memperbaiki cara berkawan melalui blog dan menambah kenalan dan berkongsi pengalaman

Peringatan kepada yg ber"blogging" menggunakan office internet, jgn sampai jadi mcm ni


Pada yang mempunyai anak jangan halang mereka ber'blogging' bagi galakan dan pantau aktiviti mereka... sapa yang untung.???


Bonus : Bila anak dah buat blog




Labels:

Thursday, December 23, 2010

Subuh Yang Terakhir

Bertuahnya sesiapa yang masih dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang... cuba anda ingat kembali bila agaknya kali terakhir anda ucapkan sayang pada mereka... semalam, pagi tadi, dua minggu lepas.... kata orang bila dekat kita tak kisah pun, bila jauh baru nak ingat.... jadi pada kawan-kawan yang masih banyak peluang tu cuba buat yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayang...

Di bawah saya kongsikan bait-bait lirik dari Kumpulan Rabbani  bertajuk SUBUH YANG TERAKHIR yang cukup menyentuh perasaan (Al-Fatihah untuk Ustaz Asri, semoga rohnya ditempatkan dikalangan org-org yang beriman) 

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

My Family


Labels:

Tuesday, December 21, 2010

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back!



THE CELCOM EVERYONE SALE IS BACK!


The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time, coinciding with the Christmas and New Year celebrations as well as school holidays. It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!



ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Monday, December 20, 2010

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

CHECK OUT WHAT BERRY YOU ARE TODAY!


KepohBerry? KiamsapBerry? NoobBerry?
What berry do you think you are?

Play the fun quiz today and stand a chance to win a limited edition BlackBerry exclusively from DiGi.

Share with your friends what berry are you on your Facebook and check out tons of other Cute Berry Characters!

Trust me, you will definitely play this more than once, because it's just too addictive to stop!

Share the fun today!


ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Nak Cantik Punya Pasal

Just terbaca dari utusan online tentang cara terbaru utk tegangkan kulit yang kendur.. Korang berminat ke??? aku mungkin tidak kot.... tapi kalau korang nak tahu jom kita baca 



Benang probiotik tegang kulit


KECANTIKAN tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Wanita sanggup berbelanja besar semata-mata memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Bukan setakat membeli produk yang mahal dan berjenama, wanita kini berani mencuba rawatan baru seperti botox dan laser.
Pelbagai teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di negara ini bagi memenuhi kehendak tersebut.
Ini termasuk kaedah dari luar negara yang diperkenalkan di pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini.
Baru-baru ini, dunia kecantikan diperkenalkan teknik rawatan Serdev.
Rawatan ini dicipta untuk mengurangkan wajah dan bahagian-bahagian badan yang kendur.
Selain itu, Serdev membantu untuk memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki.
Berbeza dengan rawatan lain, ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan.
Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad.
Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit.
Sepuluh tahun lalu, teknik ini telah diperkenalkan oleh seorang doktor estetik dari Bulgaria, Nikolay IP yang merupakan presiden kepada sebuah persatuan pembedahan kecantikan dan perubatan estetik di sana.
Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum.
Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju.
Menurut Perunding Estetik, Dr . Ng Kuan Choong, teknik ini selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan dan produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.
"Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain," ujarnya yang merupakan pengasas dan satu-satunya doktor pakar Serdev di negara ini .
Tambah beliau, rawatan dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila usia meningkat dan berhadapan dengan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut.
Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh.
Dengan kaedah ini, ia menganjalkan kulit di bahagian kening (atas telinga) yang dipanggil temporal akan ditanda titik berbentuk empat segi.
Kemudian jarum yang disangkutkan benang akan dicucuk kepada keempat-empat tanda titik itu. Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi.
Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu.
Percaya atau tidak, wajah pelanggan akan kelihatan lebih tegang, muda dan cerah.
"Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting.
Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya," ujar pemilik klinik kecantikan The Laser Clinic yang terletak di 11A, Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur.
Rawatan ini boleh digunakan untuk menaikkan punggung, membentuk bibir, meruncing dagu, dagu terbelah, membuat lesung pipit, menaikkan payu dara, menaik dan mengecilkan hidung, menaikkan pipi, menegangkan leher dan sebagainya
Benang itu mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber. Orang ramai yang ingin mendapatkan teknik Serdev dinasihatkan berjumpa dengan doktor yang bertauliah.
Dr . Kuan Choong boleh dihubungi di talian 03-2287 4886.


Di bawah antara gambar-gambar berkenaan teknik rawatan serdev.







Note : Sila rujuk ustaz / ustazah sblom buat. tengok mcm ala-ala susuk moden... 

Utusan Malaysia Online - Tragedi Bas Pelancong

Gambar dari iGoogle  Malaysian firefighters carry a body of one of passengers killed after a bus accident in Ipoh, northern state of Perak, Malaysia, on Monday. Photo: AP.

Angka korban nahas bas pelancong meningkat 27 orang


20/12/2010 4:19pm

IPOH 20 Dis. – Seorang lagi penumpang bas warga Thailand meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pukul 4 petang ini, menjadikan jumlah kematian nahas bas pelancong di Simpang Pulai hari ini meningkat kepada 27 orang termasuk tiga rakyat Malaysia.



Tragedi bas pelancong: 3 rakyat Malaysia turut maut


20/12/2010 4:06pm

IPOH 20 Dis. – Tiga rakyat Malaysia turut terbunuh dalam nahas bas pelancong yang terbabas di Simpang Pulai hari ini.
Ini bermakna jumlah korban dalam tragedi bas tersebut meningkat kepada 26 orang.
Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.
Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands. – Utusan

Tragedi bas pelancong terbabas: 23 disahkan terbunuh


20/12/2010 2:59pm

IPOH 20 Dis. – Jumlah kematian dalam tragedi bas pelancong terbabas ketika menuruni Cameron Highlands di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini disahkan seramai 23 orang.
Ketika ini, 19 disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi penumpang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. – Utusan


Bas pelancong terbabas, lebih 10 penumpang dikhuatiri maut


20/12/2010 2:39pm


IPOH 20 Dis. – Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila sebuah bas membawa pelancong merempuh penghadang jalan dan terbabas ke dalam longkang ketika menuruni Cameron Highlands di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.
Dalam nahas pukul 11.40 pagi itu, kebanyakan penumpang dalam bas tersebut dikatakan pelancong warga Thailand.
Di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, dua daripada penumpang bas itu disahkan meninggal dunia. – Utusan


Labels:

Wednesday, December 15, 2010

Apa beza Tangan Kiri dgn Tangan Kanan

Apa beza tangan kiri dengan tangan kanan...?? tangan kiri ni orang cakap kotor.. .tangan tahi... tangan kidal.. lefthanded... sama sahaja maksudnya.. dah kaji kenapa?

dulu kalau masa sekolah cikgu selalu tegur " Azima, kenapa pakai tangan kidal.. tangan tu kotor"
bila cikgu tegur aku pun tukar tangan kanan... biler cikgu tak nampak aku tukar balik tangan kidal....hehehe... akhirnya aku boleh menggunakan kedua-dua tangan...TAPI bila tahun berganti tahun aku lebih selesa menggunakan tangan kiri bila menulis... pada hakikatnya kerja-kerja lain aku masih gunakan tangan kanan....


aku ada semak beberapa artikel tentang kelebihan orang tangan kiri .. jom kita baca



Kemampuan anak menggunakan tangan kiri ini berkaitan dengan fungsi otak kanan dan otak kiri yang sudah terprogram sejak anak berada dalam kandungan. (betulke ?)



Otak kiri berfungsi untuk mengatur kemampuan berbahasa, kemampuan berbicara, membaca, serta menulis, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan  tata bahasa.

Otak kanan berfungsi untuk kemampuan kretiviti dan persepsi, pengenalan dimensi ruang dan situasi, kewaspadaan, serta perhatian dan konsentrasi. Atau biasa dikenal dengan kemampuan matematik. (aku memang terror kira-kira, keje pun kira gaji org)


Pada anak kidal, perkembangan otak kanannya lebih baik. Demikian juga sebaliknya, anak yang memiliki kecenderungan tangan kanan, bermaksud otak kirinya yang memiliki perkembangan lebih baik. Kidal atau tidaknya anak biasanya mula terlihat pada usia 2-3 tahun dan akan menjadi kekal pada usia 6 tahun. (tapi aku kekal tangan kiri bila cikgu tu dah berhenti..hihihihi). Oleh kerena itu jika kita ingin mengubah kebiasaan anak kidal ini, sebaiknya lakukan sebelum dia berusia 6 tahun, dan lakukan secara bertahap dan jangan memaksa. (betul tu.. kesian kan..mcm aku)

MORAL : tangan kiri atau kanan tiada beza.. anugerah Allah SWT.. kalau takde tangan lagi haru.... Alhamdulillah tubuh badan aku cukup sempurna... cuma jari hantu tangan kiri aku je dah cacat sikit kerana accident.. so, sekarang kalau nak menulis  tak boleh lama sebab sakit....  kat bawah ni gambar jari yg dh patah tu...huhuhuhu

Nampak tak bekas jahitan...