Friday, December 31, 2010

Zakat

Kawan-kawan blogger terutama yang beragama islam tentu tahu apa itu zakat. Zakat ada bermacam-macam jenis. Tapi yg saya nak sentuh sekarang tentang zakat pendapatan. Bukan apa ramai blogger mendapat income melalui blog. Apalah salahnya sekiranya income yg kita perolehi dikongsi dengan org-org yang betul-betul memerlukan. Insya Allah income kita dgn blog semakin bertambah dengan niat kita yg mulia tu.

Takrif Zakat :

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Pembayaran pun mudah melalui :


Bayar Online




Kaedah mengira zakat pendapatan :
Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu

RMRM
Cara 1Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000.00 x 2.5%250
Cara 2Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun)30,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri8,000
2. Isteri3,000
3. Anak 4 orang x RM1,0004,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12)1,200
5. KWSP (contoh: 11%)3,300
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)900
Jumlah Tolakan20,400
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)9,600
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%240
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)20

Moral : Jom kita berzakat. Sambil ber'blog' utk jana pendapatan dalam pada tu dapat pahala yg berpanjangan. Juga boleh mendapat rebate dari income tax. Utk keterangan lanjut sila rujuk laman web zakat .

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home