Wednesday, October 27, 2010

Que Haidar dan Aku.....

update utk kali ni pasal Que Haidar..... kenapa aku pilih Que Haidar sbb dia ni kawan aku.... satu kelas masa Form 4 & 5.... dan jodoh aku dgn suami berputik dari Que Haidar jugak... ala tak biasa la panggil dia Que Haidar... .dah biasa panggil Iskhan je la....

dulu aku mmg kawan rapat dgn Iskhan ni..ye la dah sekelas kan... Iskhan ni memang minat dlm lakonan, teater.. dan apa-apa yg sewaktu dgnnya (yg penting dunia glamour)....

Aku teringat kisah camner aku bley berkenalan dgn laki aku...
Aku sekolah kat STAR Putra...satu hari aku nak gi library kat Kulai.., kira-kira mcm nak study la.... so, aku dan Iskhan plan pegi after sekolah... kalau tak silap ada lagi yang nak follow kitorang tapi last minute smpi Terminal Kulai cancel.. .tup tup Ketua Pengawas SMA,Rasedi (laki aku la tu nak ikut plak...sibuk tul) kebetulan dia jalan sama dgn kitorang.... sampai kat Pekan Kulai... si Iskhan ni cancel plak nak pegi.. aku dh separuh jalan... last-last aku teruskan jugak pegi ke library dgn si mamat ketua pengawas tu la... hehehehe.. kat situ la permulaan perkenalan aku dgn laki aku smpi la sekarang ....dah anak 3 dah...

apa-apapun aku nak ucap terima kasih kat iskhan... bagi jalan kitorang berkenalan.. (dah jodoh kot) .... dan Aku sentiasa doakan Semoga Que & Linda Jasmine bahagia  hingga ke akhir hayat.... aminnn...


cuba teka mana satu aku dan mana satu Iskhan... hehehehe


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home