Birthday Abah....
abah dan emak |
Hari ini, 2 November 2010, genaplah umur Abah 61 tahun. Aku memang sentiasa ingat tarikh lahir Abah. Tapi, aku tetap juga setkan dalam telefon bimbit sebagai reminder. Aku terfikir-fikir ayat yang akan diucapkan kepada Abah. Namun, perasaan segan lebih banyak menyelubungi diri aku. Bukan apa, Abah merupakan orang yang jarang sekali bercakap perkara-perkara sebegitu. Akhirnya, aku nekad juga untuk menghantar mesej kepada Abah. " Selamat Hari Lahir Abah... Semoga Abah Sihat Selalu dan Sentiasa Mendapat Keberkatan dari Allah SWT.... Ima sayang Abah"
Kawan-kawan yang masih mempunyai abah, ayah, apak, walid... sayangilah mereka kerana tanpa dia siapalah kita....
pada kawan-kawan yang telah tiada abah, ayah, apak, walid pula jangan lupa sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana....
Labels: My Family
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home