Friday, November 26, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah seminggu berlalu... nampaknya blom ada aktiviti yg menarik utk anak aku... almaklum aku ni sibuk memanjang.... keje office... keje rumah lagi....
Apa plan korang semua ya....  ada idea.... ??? jimat dan dekat (untuk area Selangor dan yg seangkatan dengannya)

jom kita tengok mungkin berbaloi.... kos rendah dan senang

1) Pusat Akuatik Darul Ehsan
Jalan Aerobik 13/43

Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
kelas renang utk anak.. hehehehe

2) Pantai Remis
Mungkin sesetengah org yg duduk di area Shah Alam tidak peka dengan kawasan ni.. boleh cuba... Tentunya ramai yang menyangka Pantai ini terletak di Perak. Tidak... ini Pantai Remis Selangor, terletak di Jeram, Selangor dan boleh dikunjungi dengan memandu samada dari arah Kuala Selangor atau Klang. Atau jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh melalui Sungai Buloh menghala ke Kuala Selangor.





Bezanya di sini pantai ini tidak sesuai untuk mandi manda kerana keadaan airnya yang keruh dan pantainya walau pun berpasir tapi berselut di tengah. Pantai ini menjadi tempat tumpuan pemancing di hujung minggu juga salah satu tempat penternakan kerang di Selangor. Aktiviti anak-anak pulak ... bermain layang-layang.

Puas berpenat lelah bermain boleh singgah makan kat Pantai Jeram pulak. dekat dengan jeti nelayan.




3) Kelip - kelip Kg Kuantan (Nearby Batang Berjuntai, Selangor)Pernah suatu ketika dulu famous sbb masuk iklan... Tenaga Nasional Berhad.. ingat tak???

dah pernah pergi .... seronok la tapi kena careful skit sapa-sapa yg ada anak kecil...

tiket murah je... RM10/person

Gmbr sblom pi tengok.. kena naik sampan...

Sedikit Info maybe good for your knowledge
Actually bnyk lagi tempat yg menarik kat Selangor ni.. tp will update to you all soon... ok....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home