Tuesday, February 1, 2011

WEDDING SISTER IN LAW

Rumah Pak Mertua ku...
Aduhaiii... letihnya.. almaklum baru balik dari kampung di Johor sempena wedding adik ipar dan anak yg terakhir Pak Usop (bapa mertuaku).. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yg dirancangkan.. malas nak cerita bynk.. jom kita tengok kemeriahannya...


cak.... Ali
Selepas majlis akad nikah
Keluarga mempelai kedua-dua belah pihak
Malam Berinai...
Majlis Khatam Al-Quran
Tunggu Tol...
Raja Sehari, Bersanding
Baju & Tudung direka khas dari Zurfauzie Classic 
Makan Beradap
Si Pari-pari kecil
My Princess, Alya
My Princess, Aisyah


My prince charming... Ali
Persembahan Nasyid anak-anak peneroka Felda Taib Andak
Persembahan Tarian Zapin
My Hubby & Aisyah
Last but not Least.. me... 
Chinese New Year, gi Terengganu.. hantar pengantin.... sambil hantar pengantin.. bolehla gi Kelantan bershopping.. hehehehe




Labels: , , ,

Tuesday, January 11, 2011

SACC Mall Shah Alam



Suka shopping di SACC Mall tak??? Aku suka shopping kat sana sebab BEST tau... kenapa aku kata best... sebab macam-macam ada kat sana terutama barang yang berkaitan dengan wanita yang cantik-cantik dan exclusive... lagi satu aku suka pergi SACC Mall sebab beberapa perkara :


1. Berkunjung ke Butik Zurfauzie. Bukan nak beli baju dia pun tapi datang berkunjung sebab nak jumpa owner yang merangkap Kakar Ipar ku... sambil berkunjung tengok rekaan terbaru baju dia dan jahitan manik dia... i love beading cuma tak cukup masa nak menjahit... aku pernah kongsikan cerita berkenaan butik zurfauzie sebelum ni.... jom imbas kembali cerita songket RM15,000 ghaib zurfauzie1 


2. Membeli kain ela / kain pasang kat Gulatis @ Euromoda.... memang cantik-cantik berbaloi dengan harga nya... tapi aku beli yang standard level aku je la... hehehe






3. Makan di Uncle K Kopitiam.... marvellous  Nasi Goreng Kambing dia.. pedas dan sedap tak terhingga....



4. Mencuba kasut di Butik Primavera, Vincci... mencuci mata melihat Butik Turkuaz, Belle, Al-Amin Kids, Poney dan macam-macam lagilah.. tak tersebut arrr....

Akhir kata jom jalan-jalan pergi sana... hehehehe memang seronok...

Labels: , ,