Tuesday, November 29, 2011

I-City - Snowalk

Wah.. seronoknya 24hb November aritu ambil cuti tahun.. jalan-jalan ler konon-kononnya.. tapi taklah gi OVERSEA... pegi hampir-hampir sama dengan oversea cuma ala-ala celup skit.... ko tahu ke I-City.. Snowalk mmg best tau... hehehehe (bunyi cam jakun)


kalau nak kata jauh dari rumah aku sebenrnya dekat je.. nak kata dekat sangat tak jugak... kena gi naik kereta jugakla lebih kurang 1/2 jam je... tapi orang yang jauh dah sampai.. aku ni baru nak pegi.... kiranya versi jakun la yerrr.....


Memang sejuk gilerr.... mula-mula masuk tu kerek sgt "tak sejuk pun... ala sejuk lagi Genting" ha kau biler lelama tu baru rasa sejuk yang amat.... anak aku si Alya ni potong stim betul.. merengek jek... sejuk la... nak pengsan la... ishhh... aku baru nak rasa sejuk macam oversea... hehehehe....  dah la masuk tu mahal.. tak kan baru 20minti dah kluar rugi beb.... 
Harga tiket (yg ada MyKad @ MyKid) korang ada MyKad tak?


RM25 x 2 (Adult) = RM100 RM50
RM20 x 2 (Children) = RM60  RM40
Ali consider baby 


bukan ke RM140 RM90 .... uishhh kalau anak satu takperla kan.. .ini anak berderet... hehehehe


ko tahu jek la skrg ni kalau gi mana-mana tak mungkin tak yah posingkan.. mesti posing punyerla... jom tengok gambar cun aku... ;P


With my darling.. ;P

My Soul

Boboiboy

Yaya (Aisyah) ;P

Ying (Alya) ;)
Yang penting anak2 seronok.. aku pun seronok jugak.... 



Labels: ,

Tuesday, April 5, 2011

Happy Birthday to Aisyah, Alya, Ali & Aku juga....

Happy Birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Aisyah.. Alya & Ali.. Happy Birthday to me.. hihihihihi... we all punya birthday semua dekat-dekat except encik hubby sorang je jauh tarikhnya.... 


Hari ni 5.4.2011.. genap umur Ali 2 tahun... sedihnya hnya ciuman dari ibu je sebelum pegi keje tadi.... masa pegi keje dia belum bangun dr tido lagi.. nak bangunkan.. alamat terlambat pergi keje.. takper lah.. balik nanti ibu beli kek utk Ali ok.... Nak beli hadiah apa ye utk satu-satunya anak lelaki aku ni......


2.4.2011.. genap umurku 32 tahun... same month dgn Ali.... Encik Hubby beli kan handbag Merah seperti yang diharapkan...... yang penting 'Leather'.... Thanks ayah.. i love you...


Ini lerr begnya.. aku senyum smpi ke tengkuk...
20.3.2011.. & 27.03.2011 .. Aisyah turn 7 & Alya turn 5 .... Budak2 gegirl ni ada permintaan... katanya nak beg lulu belle shasha... ye la bukan selalu mintak kan.. masa birthday je la kan.. nak tak nak.. beli jugak... ala bukan mahal pun.... belikan jugaklah....


Alya happy dpt beg
Senyum...suka.. nmpk ler lesung dia

Aisyah punya pilihan.. black... lets dance shasha
Senyum melebar.. beg idaman Aisyah
meraikan hadiah.. Ali yg terlebih senyum
untuk my Ali.... ibu juga akan belikan hadiah untuk Ali... tunggu ya.. surprise..... Encik Hubby pula kena tunggu la your turn.... lmbat lagi kan....



Labels: , ,

Tuesday, February 22, 2011

Bukit Melawati

dah pernah pegi Bukit Melawati? Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Nak tahu lebih lanjut klik sini.

Actually aku baru je berjalan-jalan kat sana.. tak jauh pun dari Puncak Alam, lebih kurang 20 minit perjalanan melalui jalan short cut... hehehe.. kalau ikut laluan yang sebenarnya... lebih kurang 1 jam kot...

aku kongsikan gambar-gambar masa ada kat sana... 

entrance disambut monyet hitam...

nak masuk kat dlm tak payah bawak kereta, naik 'train'.. bayaran adult RM3, child RM1.. murah je kan... excited budak2 naik train


ni gaya budak2 yg tgh 'jakun' naik 'train'... manis nya senyuman anak2 ku

meriam.. booom....


Menara Api

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

selamba je monyet ni tumpang sekaki amik gambar jugak...ish.. anak beranak ler kita...

hahaha.. kat sini yg seronok.. tengok monyet tu mesra alam.. sibuk jugak nak bergambar lagik... 
sesiapa yang belum pernah pegi ... bolehlah jalan-jalan kat sini.... sebelom pegi belilah kacang panjang siap-siap dari rumah... boleh bagi monyet ni makan.. kat sini ada jual tapi biasalah peniaga dah "markup the price".... 

Labels: , , ,

Tuesday, February 15, 2011

PENCARIAN GAUN TERCANTIK

ada anak gegirl... ada gaun yg menarik.... jom sertai PENNCARIAN  gaun tercantik yg dianjurkan oleh Kak La atau singgah ke blog beliau MyLa Flower Girl untuk keterangan yg lebih lanjut...


aku ni salah seorang pelanggan yang setia dengan nya... 3 kali membuat tempahan flower girl dress dari hasil jahitan creativenya untuk my Gegirl...... 


aku pun nak masuk jugak.. tp gaun apa yg aku pertandingkan rahsia kena tunggu.... jom kita tengok budak2 comel pakai baju flower girl..... rasa mcm nak gigit kan... hehehehe
















Ha.. tengok la.. comel nya.... sapa yg belum kawin & nak merancang berkahwin dlm masa terdekat dan teringin ada iringan flower girl yg comel dan ada anak saudara yg kiut miut... buat la tempahan baju flower girl dgn Kak La... gerenti puashati... 

Labels: , ,

Wednesday, February 2, 2011

BILIK AIR AISYAHALYA

Entri kali ni pasal bilik air... ada ke patut... hihihihi tapi bukan la bilik air aku tapi anak dara aku... hihihihi

Biasalah bila dah ada anak pompuan suka benar benda2 pink... kebetulan beli rumah, tile bilik air tu warna biru.. hehehe.. jadi nak ceriakan mood bilik air tu... aku beli sticker yang 4 keping RM10.. kira ok la.. jimat tak yah nak pecah dinding bilik air tu... 

semua tu diorg yg bagi advise nak tampal bahagian mana...

Gigirl punya Shampoo.. tak tahan Strawberry Short Cake

Ini idea Aisyah

Ini idea Alya
itu je la cerita- ceriti kali ni.. .aku nak bercuti ke Terengganu.. so, next entri will be on Monday.... hihihihi

Labels: , ,

Wednesday, January 26, 2011

SI COMEL BERKACA MATA



Hari ni baca metro online lepas diberitahu, anak dia yg istemewa tu masuk METRO... aku excited sebab baby dia sebaya anak aku... aku memang kagum dengan dia dan isterinya... 

Berkorban apa saja demi anak tercinta.. 


Anak istimewa ini comel dan menawan mata sesiapa yang memandangnya... Bagi mereka yang baru pertama kali melihat mungkin agak pelik kerana pada usia yang baru menjangkau dua tahun, anak comel itu, Aimy Sufia sudah memakai kaca mata.


Lebih mengejutkan apabila tahap kerabunan Aimy meningkat sehingga 700 pada mata sebelah kiri manakala kanan sehingga 500 yang tentunya sangat tinggi untuk Aimy yang masih bergelar bayi.

Selain masalah mata, Aimy juga adalah kanak-kanak Dysmorphic iaitu mempunyai ciri-ciri kelainan dan ketidaksempurnaan kejadian serta struktur fizikal secara semula jadi.


Sesungguhnya anugerah & dugaan Allah SWT.. menguji kesabaran kita sebagai umatnya... Sebagai seorang kawan.. saya sentiasa mendoakan kesihatan Aimy dan kegembiraan mereka sekeluarga....




Credit to http://www.hmetro.com.my/

Labels: ,