Thursday, September 30, 2010

Himpunan Hadith-Hadith

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi Muhammad SAW

 
Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia. Nabi Muhammad SAW

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian. Nabi Muhammad SAW

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. Imam Al Ghazali

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar. Khalifah ‘Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan wangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan. Ibnu Mas’ud

 
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak. Khalifah ‘Ali

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. Ibnu Mas’ud

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. Khalifah ‘Ali



Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku. Khalifah ‘Umar

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. Khalifah ‘Umar

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari. Bediuzzaman Said Nursi

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. Bediuzzaman Said Nursi  



Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg. Bediuzzaman Said Nursi

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan. Bediuzzaman Said Nursi

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup. Bediuzzaman Said Nursi
 

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

 
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.

Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.

Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : “Jika kamu tahu apa yang aku

tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita??

Nabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.

Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.

Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari.

Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.

Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :

“Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan

tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Labels:

Wednesday, September 29, 2010

Gulai Asam Pedas - Ikan Jenahak

Gulai Asam Pedas Ikan Jenahak

Semalam balik keje terus singgah kedai acheh kat Puncak Alam.. biasa arr beli ikan.. niat di hati mcm nak masak udang lemak chili api.. tp terbantut sbb tetiba ternampak ikan jenahak yg masih baru lagi... dlm hati kalau buat masak gulai asam pedas ni hmmmm sedapnya... aku pun beli la setengah kilo.. .RM7.00.. so, aku pun beli la lada merah dlm 15 batang sbb malas nak rebus lada kering... hehehehe.. kebetulan kak laila (office mate aku) ada bagi aku belimbing buluh.. boleh ler letak dlm masakan tuhhh...

hmmmm tadaaaa... kat bawah ni Gulai yg aku masak semalam.... menjilat jari... aku bawak bekal arini.. ajak kak ziha yg 'vouge' tu (office mate aku) makan sekali... dia kata sedap... hmmm kembang semangkuk aku... hehehehehe


 Resepinya senang jek...

lima potong ikan jenahak
15btg lada merah besar
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit
air asam jawa
daun kesum
belimbing buluh
garam

memula blender lada, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit.... tumis secukupnya...(smpi naik minyak) pastu masukkan air asam jawa ... biarkan smpi menggelegak... kemudian barulah masukkan 5 potong ikan jenahak tadi tu... biarkan smpi masak.. pastu masukkan garam & diikuti daun kesum & belimbing buluh ikut kesesuaian ....dah siap... hmmm senang je kan...

Labels:

Tuesday, September 28, 2010

manik.. manik ... manik...

aku ni memang suka menjahit.. tak kiralah jahit apa... tp sejak dh kawin & ada anak2 kecik ni aku dh kurang menjahit..... tapi dlm malas2 dan ada anak-anak kecik ni aku masih menyempatkan diri utk jahit manik... tapi utk diri sendiri je la.... ye la dah namanya pompuan suka pada kecantikan... puas la aku membelek kat majalah, butik2 dan internet jugak... last2 kakak ipar ku kak ngah la yg menjadi tempat paling baik utk dijadikan rujukan.. bnyk jugak aku dh jahit tp tak la sehebat yg dah ada nama mcm butterfly beads, arry manik, cheq sue... tp sekurang-kurangnya aku tahu yg aku ni kreatif jugak...

kat bawah ni antara jahitan manik yg aku buat... boleh la...







hehehe.. korang nak puji ke nak komen ke... suka hati korang la.. hehehehe.... selepas ni ada jahitan sequin plak.. bunga teratai & dahlia.... tunggu ya kemunculannya...

Labels:

Zurfauzie Classic - Kesian Kak Ngah

Songket RM15,000 ‘ghaib’



Harian Metro 2010/09/28 KUALA LUMPUR: Sehelai songket yang ditenun daripada benang emas putih bercorak seni tradisional Malaysia dan direka khas sewaktu kunjungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan kompleks membeli-belah SACC Mall, Shah Alam, empat tahun lalu, hilang.





KENANGAN...Faudziah menunjukkan gambar Sultan Sharafuddin melihat songket berkenaan ketika merasmikan SACC Mall empat tahun lalu. Sehubungan itu, pemilik kedai pakaian Zulfauzie Classic yang mempamerkan songket berkenaan, Faudziah Yusoff meminta mana-mana pihak yang kini memiliki songket itu memulangkannya

Katanya, songket bernilai RM15,000 itu dipamer pada patung di dalam almari di kedainya dan disedari hilang minggu lalu.

 
“Saya minta mereka yang memiliki songket berkenaan tampil memberi maklumat, jika benar ia sudah dijual, saya sanggup membeli semula songket itu pada harga ia dibeli. Saya menyimpan dan mempamerkannya sejak sekian lama kerana ia direka khas untuk tatapan Sultan ketika merasmikan SACC Mall,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki songket berkenaan atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Faudziah di talian 012-3491052 atau 03-55111052.






Labels:

Tuesday, September 7, 2010

Kak Ngah lagi

Fesyen Saloma


Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

FESYEN biduanita tersohor, Saloma, pernah menjadi ikutan wanita pada zaman seangkatannya.


Potongan baju kembang dengan kain sempit belah di depan dan baju pendek dengan kain kembang antara fesyen yang menjadi ikutan pada masa itu.


Merentasi masa, fesyen itu ditampilkan kembali, tetapi diberi nafas baru untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa.


Pemilik butik Zurfauzie, Faudziah Yusoff, berkata fesyen tersendiri yang dipelopori Saloma itu nyata mempunyai peminat yang ramai dan hingga hari ini pun, masih ada yang setia dengan rekaan berkenaan.


Rekaan baju pendek dengan potongan tangan kembang memang menarik dan bagi mengkomersialkannya, dia tidak lupa untuk menyelitkan elemen moden kontemporari.


Katanya, jika tidak diubah sedikit, fesyen itu mungkin kelihatan agak seksi dan tidak sesuai dengan gaya hidup masyarakat hari ini.


"Seperti yang kita semua ketahui, fesyen pakaian tahun 60-an memang mempunyai elemen klasik yang sentiasa malar segar.


"Ia sentiasa diminati tetapi rekaannya mungkin mengalami sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan aliran fesyen semasa," katanya.


Faudziah berkata, dia memilih untuk menggunakan material mewah seperti Dubai Itali dan sifon sebagai fabrik utama kerana ia mempunyai ciri yang diingini.


Selain fabrik polos, material bercorak juga semakin digemari kerana jika kena dengan rekaan, ia tampak elegan.


Antara corak yang mendapat sambutan ialah flora, abstrak serta polkadot klasik.


"Tidak dinafikan masyarakat hari ini amat menggemari fabrik lembut seperti sifon dan Dubai Itali kerana ia bukan saja cantik tetapi amat selesa untuk dipakai.


"Menambahkan seri, fabrik berkenaan juga hadir dengan hiasan manik menarik yang menyerlahkan lagi sesuatu rekaan," katanya.


Sementara itu, untuk koleksi kanak-kanak, butik berkenaan menyediakan pelbagai jenis rekaan pada harga bermula daripada RM80.


Antara rekaan yang boleh dimiliki ialah baju kurung tradisional, moden (sedondon dengan ibu) serta kebaya bersulam.


"Ramai wanita hari ini gemar tampil berpakaian sedondon dengan anak mereka.


"Apa pun, pemilihan fabrik perlu sesuai kerana ia boleh merencatkan penampilan baik si ibu mahupun anak," katanya.


Butik yang sudah bertapak lebih 18 tahun itu menumpukan kepada batik buatan tangan, sutera Itali, songket Terengganu, tudung serta pakaian pengantin itu menyediakan pelbagai jenis koleksi pakaian untuk lelaki dan wanita.


Terima kasih
Pakaian: Butik Zurfauzie, Aras 2, SACC Mall, Shah Alam
Lokasi : KK Home Deco, SACC Mall, Shah Alam



Labels:

Kakak Ipar lagi.... Ni Kak Ngah plak

Warna sedondon

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
2010/08/29


FESYEN sedondon sememangnya menjadi pilihan setiap kali menjelang lebaran, terutama mereka yang berkeluarga, sebagai tema perayaan.

Bagi pemilik butik Zurfauzie Classic yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Faudziah Yusoff, fesyen sedondon sememangnya disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing.


“Tahun ini manik dan labuci dilihat sebagai aliran terkini pakaian, namun kami mencari kelainan dengan menampilkan manik berjurai sebagai perbezaan dengan fesyen sedia ada.


“Fabrik digunakan pula diimport daripada Dubai kerana lebih berkualiti dan selesa apabila dikenakan. Kami turut menggunakan labuci daripada Korea dan ada juga menggunakan batu swarovski,” katanya.


Selain baju kurung dan baju melayu, Zurfauzie menjual kain samping songket dari Terengganu dengan pelbagai corak eksklusif berserta harga berpatutan.


Zurfauzie juga menyediakan pelbagai fesyen baju seperti kurung moden, kurung biasa dan baju kurung Pahang dengan rekaan terkini dan menarik.
Inilah butik nya.. kalau pegi SACC Mall jgn lupa singgah
Outlet Directory:
Zurfauzie Classic
2F-28 (Second Floor)
Tel: 03-55111052
Retailing of exclusive and traditional ready-made Malaysian products only and made for order for men's and ladies wear and cafe.

Labels: