Tuesday, November 30, 2010

KELAS TAJWID SESI KE-2

Just terbaca email dari aku punya 'office mate' tentang jemputan 'taklimat kelas pengajian Tajwid sessi ke 2' hari Rabu 1hb December 2010.... kadang-kadang malu dengan diri sendiri sebab masa sesi pertama dulu belajar tak habis disebabkan lebih mementingkan makan tengahari... hopefully kali ni kuat sikit nak joint kelas tu...

dalam pada tu email yg dihantar tu ada kata-kata hikmah  tentang satu persoalan berkenaan 'al-quran'......


"Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?
What if we flipped through it several time a day?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to Kids as gifts?
What if we used it when we travelled?
What if we used it in case of emergency?
This is something to make you go....hmm...where is my Quran?
Oh, and one more thing.
Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.
Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!"

aku sukakannya....macam Puan Sarifah Yaacob kata... being human it is always difficult to do good things..itulah cabaran untuk menuju ke SYURGA ALLAH yang kekal abadi……marilah kita sama-sama bermuhasabah sempena maal hijrah…penghijrahan kearah lebih baik dari semalam, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya..….Insya Allah..

Thanks to my friend Zairol for the best quote for the day.......




Labels:

Monday, November 29, 2010

Promosi Khas Utk SAHABAT ku

korang suka makan cheese tart, egg tart, fruit tart or Kek Lapis Sarawak.... aku pun suka jugak.. sedap kan... aku ni tolong promosikan blog kawan-kawan aku... hehehehe tiada komisyen pun just support them supaya maju dlm perniagaan... ameennn

kalau korang suka mehla order, macam-macam ada...

1) yang ni blog kawan aku yg menjual pelbagai tart.... hmmm sedap agaknya....jom la cuba

hmmm... nmpk lazatkan
jom singgah http://salpastries.blogspot.com/ dan jgn lupa order ya....

2) Yang ni plak blog kawan aku yg mmg kreatif menjual egg tart, puding & Kek Lapis Sarawak dan bermacam-macam kek...tak lama lagi muncul bisnes Macaron & Cookies pulak, ... yg dok KL, Selangor boleh order.... ("yg dok jauh pun boleh jugak")

meh tengok gmbr...
Kek Lapis Sarawak

Trifle

Egg Tart
Pada kawan-kawan blogger yg berminat untuk menempah sila la layari http://dapurmamaiman.blogspot.com/

Saya sebagai seorang kawan mendoakan business mereka success.... saya tumpang gembira dan bangga kejayaan diorang... good luck utk YOT dan KID.....

Friday, November 26, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah seminggu berlalu... nampaknya blom ada aktiviti yg menarik utk anak aku... almaklum aku ni sibuk memanjang.... keje office... keje rumah lagi....
Apa plan korang semua ya....  ada idea.... ??? jimat dan dekat (untuk area Selangor dan yg seangkatan dengannya)

jom kita tengok mungkin berbaloi.... kos rendah dan senang

1) Pusat Akuatik Darul Ehsan
Jalan Aerobik 13/43

Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
kelas renang utk anak.. hehehehe

2) Pantai Remis
Mungkin sesetengah org yg duduk di area Shah Alam tidak peka dengan kawasan ni.. boleh cuba... Tentunya ramai yang menyangka Pantai ini terletak di Perak. Tidak... ini Pantai Remis Selangor, terletak di Jeram, Selangor dan boleh dikunjungi dengan memandu samada dari arah Kuala Selangor atau Klang. Atau jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh melalui Sungai Buloh menghala ke Kuala Selangor.





Bezanya di sini pantai ini tidak sesuai untuk mandi manda kerana keadaan airnya yang keruh dan pantainya walau pun berpasir tapi berselut di tengah. Pantai ini menjadi tempat tumpuan pemancing di hujung minggu juga salah satu tempat penternakan kerang di Selangor. Aktiviti anak-anak pulak ... bermain layang-layang.

Puas berpenat lelah bermain boleh singgah makan kat Pantai Jeram pulak. dekat dengan jeti nelayan.




3) Kelip - kelip Kg Kuantan (Nearby Batang Berjuntai, Selangor)Pernah suatu ketika dulu famous sbb masuk iklan... Tenaga Nasional Berhad.. ingat tak???

dah pernah pergi .... seronok la tapi kena careful skit sapa-sapa yg ada anak kecil...

tiket murah je... RM10/person

Gmbr sblom pi tengok.. kena naik sampan...

Sedikit Info maybe good for your knowledge
Actually bnyk lagi tempat yg menarik kat Selangor ni.. tp will update to you all soon... ok....

Labels:

Thursday, November 25, 2010

Korban Jangan Jadi Upah

Walaupun ibadah qurban utk tahun ni telah berakhir tapi rasanya masih belum terlambat lagi saya memberikan sedikit info berkenaan "Korban Jgn Jadi Upah" pada rakan-rakan blogger kita, tak lupa pada diri saya sendiri yang mungkin tidak arif tentang Ibadah Korban tersebut.....

Ada beberapa kali sebenarnya saya terbaca artikel sebegini yang mungkin sebelum ni saya tak pernah ambil peduli mengenainya.. tapi tahun ini merupakan tahun pertama saya melakukan ibadah korban jadi sedikit sebanyak saya mengambil berat tentang apa jua ruangan @ artikel mengenai ibadah korban...

mari rujuk ruangan web berkenaan 'Korban Jgn Jadi Upah'  : http://drmaza.com/home/?p=1289

atau boleh terus membaca melalui blog saya




KORBAN JANGAN JADI UPAH


artikel : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 
Menjelang musim hariraya korban, maka mungkin beberapa peringata patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya, daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.


Ini kerana para fuqaha (sarjana fekah) bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid:



“Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)


Upah Hasil Korban

Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:


“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).


Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.


Ya, walaupun hadis di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).


Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya:


“Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)






Larangan

 
Dengan hadis di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya:






“Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)






Ketika mengulas Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim:



“Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).




Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`, katanya:






“Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)


Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar:


“Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat.( m.s 149. Beirut: Dar So`ab)






Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam:

 
“Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Jordan: Maktabah al-Manar)






Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.






Beri Upah Asing

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.






Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i:


“Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)






Syarat Dibolehkan

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:


“Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)



Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.


Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). (5/221. Beirut: Dar al-Jil)


Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan korban.


Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.



Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.




SHARING IS CARING



Labels:

Wednesday, November 17, 2010

Lembu - Qurban

Selamat Hari Raya Qurban.... kali ni aku buat qurban 7 nama.... salah satu nama aku.. hehehehe

tak tahu nak cerita apa sbb excited sgt tgk lembu tuganas giler... ada sorang budak kena tendang... kesian...niat nak tolong tp kena sepak smpi pengsan...

kat bawah ni mcm-mcm gmbr ada... huhuhuh

Nasib baik ada koboi dtg.. hehehehe.. settle.. lembu pun tumbang....

Labels:

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha utk Semua

Salam kepada semua 'Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Adha' .... aku balik Kulai.... hehehe jom kita buat Qurban....

Labels:

Friday, November 12, 2010

Hadiah untuk "Si Kecil" setelah berusaha GIGIH

khas untuk  Aisyah dan Alya... pernah dengar ceramah motivasi dari Datuk Dr Fadzillah Kamsah tentang "apabila berjanji dgn anak.. tunaikanlah"

Inilah janji ibu di atas permintaannya...

"Ibu kalau kakak dan adik dapat no. satu dlm exam.. .kitorang nak hadiah BUNGA yer..."

"Boleh.. .tapi kenapa BUNGA.. " dlm hati terdetik.. "kalau aku dulu kalau dpt no. satu mesti nak duit.. duit duit..."

Alhamdulillah.... aku dah tunaikan permintaan mereka... sesungguhnya  Aisyah dan Alya adalah BUNGA hati ibu... Walaupun Aisyah dapat tempat ke-3 tapi itulah usaha dia.. kena hargainya....

Ini Alya punya

Ini Nana punya (my niece) kena belikan juga

Ini bunga Aisya...

Susunan pun ditentukan oleh Aisyah dan Alya
Yang paling menggembirakan aku.... setiap pagi dan petang mesti mereka berdua siramkan bunga tu.... bagi aku apabila berjanji dengan anak biarlah janji tu pada benda-benda yang boleh menambahkan lagi ILMU dan AKIDAH di dada mereka.. bukan memberikan hadiah tanpa ada maksud yang tertentu....

Semoga mereka berdua happy... aku pun happy sama

Labels:

Tuesday, November 9, 2010

Congratulations Aisyah and Alya

Bila difikirkan balik kegembiraan kita sebenarnya bukan kerana wang ringgit yang kita ada tapi kegembiraan tu terletak pada keseronokan melayan permintaan anak-anak setelah diorang berjaya dalan exam... walaupun hanya exam di peringkat kindergarden tapi itu satu permulaan yang baik...
Zahidah Alya

Zahidah Alya, berumur 4 tahun yang selama ni aku tengok takde mood belajar.. moody... kadang-kadang aku tak yakin dengan kemampuan dia.... alhamdulillah... exam half year & final year mendapat tempat pertama dan mendapat peratus lebih dari 98%. Seperti yang dimaklumkan cikgu kelasnya peratus dia jauh meninggalkan rakan sekelasnya yg lain. 7 daripada 8 subject yang diambil mendapat 100%. Subject yang diambil antaranya Math, Science, Lughatul Arabiah, Jawi, Al-Quran, Peribadi Muslim, English dan Bahasa Melayu. Alya juga telah berjaya menamatkan buku 'Bacalah Anakku sehingga buku 8' selama setahun sahaja. Tahniah anak ibu...

Zahidah Aisyah
Zahidah Aisyah, anak sulung yang kini berumur 6 tahun sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pelajaran... setiap tahun sejak umurnya 4 tahun mendapat perhatian guru-guru dan sentiasa dinobatkan sebagai antara murid cemerlang.... Mewakili sekolah selama 2 tahun berturut-turut untuk Ujian IQ peringkat (daerah) Kuala Selangor atau ujian itu lebih dikenali sebagai Ujian Setara yang merangkumi subject Mathematic, Science, Lughatul Arabiah, English dan Bahasa Melayu. Walaupun tidak berjaya melangkah ke peringkat Negeri tetapi ia satu permulaan yang baik....Aisyah juga mewakili sekolah ke pertandingan bercerita peringkat daerah dan mendapat tempat kedua.  Untuk peperiksaan pertengahan tahun Aisyah mendapat tempat pertama dgn peratus 99.7% dan peperiksaan akhir tahun mendapat tempat ke-3 dgn peratus 95%. Alhamdulillah... ini la kegembiraan yang aku maksudkan...

Zahid Aliyuddin


Zahid Aliyuddin, satu-satunya anak lelaki aku yg kini baru berumur 1 tahun setengah.... ibu doakan Ali akan menjadikan kakak-kakak sebagai satu contoh untuk dia berjaya.... Aminnn

Macam gelagat anak-anak yg sentiasa mencuit hati ibu....







Mulser Gallery

today update untuk mem'promosi' kan kedai hubby... kalau nak tengok blog dia http://mulsergallery.blogspot.com/ 

Our Business specialised in

** Ready Made T-shirt **
**Custom Made T-shirt**
**F1 Shirt**
**Caps**
**Bags**
**Umbrella**
**Souvenir Items**
**Trophies / Medal**
**Track Shirts**
**Lanyard**
**Banner**

Kita pun boleh buat kan 'design' as per customer requirement.... ha macam biasa mesti la ada charges yg dikenakan... tapi price boleh runding "cheapest in town" hehehehehe

Our shop at No 15 & 16, Pasar Seri, Giant Hypermarket, Seksyen 13 Shah Alam...
contact no : 013-386 7722 (Encik Rashidi) , 013-380 3722 (Office)
                 
ini antara design & productnya.... for more details  please visit Mulser Gallery one stop centre...












Labels: ,

Monday, November 8, 2010

Lancer vs Inspira

aku rasa satu Malaysia dah tahu pasal model terbaru Proton yang bakal muncul tak lama lagi... rasanya dah tak lama maybe tinggal beberapa hari lagik... tapi hati aku tak berapa nak suka sbb aku frust, geram, bengang,, hehehehe.. kenapa bnyk-bnyk kete kat Dunia ni.. Mitsubishi Lancer jadi pilihan......

kenapa aku frust sebab aku dah terbeli kereta Lancer ni pada Mei 2010..... aduhaiii... Walau apapun terjadi hidup kena diteruskan... kerana itulah hasil penat lelah bekerja dan berniaga...

meh tengok gmbr....



Ini Model Inspira.. cilok dari www.hitzcity.com/2010/09/proton-...ira.html
 





Bukan kereta aku... cilok dari internet
 
 















apa pendapat korang tentang hal ni....

Labels:

Tuesday, November 2, 2010

Birthday Abah....


abah dan emak

Hari ini, 2 November 2010, genaplah umur Abah 61 tahun. Aku memang sentiasa ingat tarikh lahir Abah. Tapi, aku tetap juga setkan dalam telefon bimbit sebagai reminder.  Aku terfikir-fikir ayat yang akan diucapkan kepada Abah. Namun, perasaan segan lebih banyak menyelubungi diri aku. Bukan apa, Abah merupakan orang yang jarang sekali bercakap perkara-perkara sebegitu. Akhirnya, aku nekad juga untuk menghantar mesej kepada Abah.  " Selamat Hari Lahir Abah... Semoga Abah Sihat Selalu dan Sentiasa Mendapat Keberkatan dari Allah SWT.... Ima sayang Abah"

Kawan-kawan yang masih mempunyai abah, ayah, apak, walid... sayangilah mereka kerana tanpa dia siapalah kita....

pada kawan-kawan yang telah tiada abah, ayah, apak, walid pula jangan lupa sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana....

Labels:

Monday, November 1, 2010

Port Dickson


Hari minggu 31.10.2010,, sajer gi jalan-jalan ke Port Dickson... almaklum kakak ipar ada Condominium kat sana ... Admiral Marina and Leisure Club.. bersebelahan dgn Avillion Admiral Cove...

ha.. sempat snap...


Jalan-jalan sambil menghirup udara segar.. hmm nyamannya.. pemandangan pun cantik....  biler la nak ada rumah kat tepi pantai...kalau boring duduk kat bandar boleh lari jap kat rumah lagi satu.... hihihihihi.. berangan jek aku ni..



Syokkan kalau ada bot sendiri... mampu tengok je la
















Sempat laki aku memancing.... hehehehe siap standby director chair lagik... ish ish.. dapat tak ikan... confirm tak dapat sbb angin kuat betul...

Gaya ada... tp dpt ke????


alamak dah bersilang....

sweetnya Alia.. hihihihi

Aisyah dgn gaya director....





















Aku pun nak posing sakan gak.. heehehe.... meh tgk gaya ibu beranak tiga posing.....

eh.. Ali  interframe

gelap la...

senyum terpaksa
















Lepas ni meh tgk anak-anak mandi kat swimming pool plak.. nak mandi laut tak berani sebab ombak kuat tul.... tak sanggup....


Ali hanya mampu merenung...

Starting...


Gaya swimming instructer





lerrr.. pakai pelampung....
















Lepas dah puas mandi.. pegi makan kat tempat yg "KOROK" istilah kakak ipar aku... gelak nak pengsan aku dengar KOROK... terbayang tempat apa tu... samapi rupanya tempat tu nmpk mcm tak menarik tp memang sedap..... sesapa yg duduk kat PD... boleh terangkan tempat ni kat mana ek....

Gerai Nasi Lemak














 


tunggu hidangan sampai....







banyak lagi nak citer tp nanti ye... sambung lagi...

Labels: